Sunday, 4 February 2024

Alai Na?

Hello, hello, Amira di-sini. Akhir bulan Januari lepas, aku pergi hike dekat Gunung Alai, Perak untuk healing haha but things happened when healing went wrong haha sejujurnya, ni 1st time aku hike luar Johor, even gunung ganang dan bukit-bukit di Johor pun belum habis teroka, haa 5 kali tu naik Gunung Pulai je la, tapiii that was back in 2022, bila aku rasa fit giler, even lepas kerja malam dekat Lazy Monday pukul 2 pagi, esoknya aku ada energy pergi hike pukul 8 ke 9 pagi. Macam orang ketagih haha lepas tu masuk tahun 2023, aku tengah depress dengan kerja aku, terus aku meninggalkan hobi ku yang satu ini. Dan tiba-tiba nak kena hike gunung yg setinggi 791 meter which was obviously not a good decision.

Nak jadikan cerita, dekat ground pun aku jalan, dah nak semput hahahaha (i know this is something i should not be joking around pasal benda ni tapiiii benda dah jadi pun huhu). Aku prepared 2 minggu sebelum aku hike, tapi the intensity tu kurang, aku just briskwalk, buat lower core punya exercise follow from youtube, naik steppers 15 minutes each day, lepas tu hike dekat bukit sireh. Tapi makan aku lupa nak jaga. Memang tak well prepared, sbb my mind busy settling other work-related issues before these 2 weeks, plus masa tu gunung2 tutup sbb hujan dkt Johor (ceh alasan haha). Memang Alai ni pacak sahaja, dan thing became more worst waktu nak turun bila aku start rasa kaki aku macam jelly, orang perak panggil lembik lutut haha pergi balik gunung tu aku memang bersahabat la dengan sweepers hm korang boleh ler baca sendiri trails dia macam mana, apa yang nak prepare bagaiii.... Nak turun tu, orang lain dah dok berlari-lari eh, aku dok gagah la cari benda nak papah, padahal bawak tongkat, tapi tak reti guna hahahaha end up guide ajar macam mana nak guna... Ampun dipinta, kepada participants lain dan guide yang sabar menunggu. Masa turun tu, sampai je dekat CP2, orang-orang semua dah tak ada (Dalam hati, Amiraaaa kau buat apa eh??!!) Bertemankan, 3 orang guide dan Tuan dari trip, aku pun melanjutkan la perjalanan ke bawah, sehingga habis. Lagi tu, dorang cadang nak kendong ke apa tah untuk bawak aku turun... Ya Allahhh, malu la nak kena dukung bagaiii... Slowly but surely, aku berjalan sampai la bawah, nak pergi bas, tumpang kereta guide hahaha apa-apa pun terima kasih yang tak terhingga kepada MGP yang berkenaan, kalau boleh taknak jumpa lagi, maluu oii hahaha

Ni geng-geng baya aku haha yang aku betul-betul kenal Eka sorang je la. Muka aku happy tak sedar diri haha dari kiri, Eka, Alya, Dik Ya, Mira dan Siti.

Kasut pun buat hal gaes, ada satu tali pouch dalam beg, lepas tu terjumpa pulak tali mana-mana tah haha buat ado-ado untuk turun hahaha sepanjang turun tu melorot pulak tali tu, ada MGP lain lalu, derma cable tie... dan rupanya ada cara nak ikat tali/cable tie tu

Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Dah sampai mana tah, aku rasa jari2 kaki aku mcm dah start blister (guide derma stokin supaya tebal sikit pakai), tapi aku rasa kaki aku dah tak boleh nak pakai kasut ni sebab dah rasa berat huhu, jadinya sekali lagi terhutang budi dengan Guide, bila dia sedekahkan sandal dan beliau berkaki ayam, masa ni rasa bersalah sangat tapi tak tahu nak luahkan macam mana, takkan nak nangis depan strangers pulak, walaupun dah pernah je buat macam tu haha bila aku kata sedekah tu maknanya dia beri terus hahaha sekarang kasut hiking aku dekat alai, dan dengar cerita kasut tu tak ada dah haha kata Guide lain, kasut ni masih boleh dibaiki, tapi masa tu otak mereng, aku tak terfikir nak bawak balik... dah la 1st hiking shoes aku, sentimental woo, tapi apa boleh buat, nasi telah pun menjadi bubur... Apa apa pun, terima kasih Allah hadirkan orang baik, Allah sahaja yang mampu membalas segala kebaikan yang dihulur ketika ini...

Special thanks buat insan-insan dibawah yang baru kenal (kecuali Eka haha) huhu semoga tak serik hiking bersama-sama
Thanks Mira, sebab drive pergi balik BP Skudai! Terima kasih juga buat Kak Ila dan team!
(tak reti la buat appreciation post panjang2 haha)

Semoga ini hanya satu permulaan, bukan penutup, walaupun rasa menyesal dan serik tu ada hahaha masa balik dari Alai tu memang taknak dengar daah pasal hiking, tapi lepas tu rasa nak cuba lagi haha Apa-apa pun moga direzekikan lagi mengembara di bumi Allah. Suka, kerana ada ada ibrah yang dibawa pulang. Moga sahaja, diri ini bertumbuh menjadi insan yang lebih baik dari pengalaman-pengalaman sebegini. Moga Allah izin perjalanan yang seterusnya :)

Butterfly Era

Butterflies crept into her stomach whenever she saw his messages, or in person. That was the time, she's a bit stunned with herself wond...