Saturday, 27 May 2023

Hutan Bandar JB

Hai semua, it's me again, Amira!

Harini, aku nak share satu tempat healing yang aku suka pergi, iaitu Hutan Bandar JB huhu bila aku rasa serabut and need a space to 'breath', Hutan Bandar ni salah satu tempat yang aku akan pergi. Free, selamat jugak untuk jalan sorang-sorang, banyak pokok-pokok, banyak kerusi nak duduk. To be honest aku tak ada complaint banyak sangat la pasal tempat ni kecuali, port-port yang dia nak baik pulih tu, sampai sekarang tak upgrade-upgrade haha, ada kawasan yang tar jalan tu sliding nak masuk tasik dia, pun still no action. Eh! Banyak pulak la complaint haha. Untuk rakyat jelata Johor Bahru, tempat ni memang tak asing bagi kami, lagi-lagi tempat ni betul-betul belakang sekolah SSI dan area parking dia ada tempat makan breakfast yang sedap haha dulu masa sekolah pun, program camping dekat sini je haha

Meh aku share gambar tempat nih!

Ni tasik, banyak iler kura-kura haha, boleh bawak roti yang expired atau makanan ikan jugak, kalau aku ada rezeki jadi parent, aku nak bawak anak-anak aku pergi sini petang-petang ambil angin

Ada jambatan, boleh la berangan-angan sikit bila jalan sini haha tapi jangan jogging dekat atas jambatan ni sebab aku personally rasa lantai jambatan ni macam tak stable sangat huhu takut roboh kang haha

Haa, boleh berkelah jugak dekat sini sebenar, kalau korang berjalan area atas bukit sikit, situ banyak gazebo, dan ada tempat mandi. Selalu nampak parents banyak makanan, mandi-mandi dan berkelah dengan anak-anak (maaf masa ni aku malas nak naik bukit yang sikit tu untuk ambil gambar haha, so korang guna your power of imagination je la ye, 
untuk imagine tempat tu haha)

Haa, dekat sini boleh bagi makan ikan atau kura-kura. Ada masa, korang akan nampak ada orang shoot 
pre-wedding dekat area sini

Aku kadang-kadang baca buku dekat sini juga, seronok ye, sambil hirup udara segar dikelilingi pokok-pokok, 
feeling-feeling nyah (thanks diyana bagi pinjam buku ni)


Daun pokok ni lagi besar dari tapak tangan aku haha

Tenang~~ ribut jiwa, awak buat apa tu encik onyet haha nak kutip buah ke

Cantik kan langit?

Syukur ada tempat rekreasi macam ni dekat JB. Sekurang-kurangnya masyarakat setempat ada tempat untuk ambil angin atau nak beraktiviti. Hidup sekarang ni sangat mencabar, kadang-kadang perlukan lokasi menenangkan macam ni. Nak pergi Jepun ke Korea jauh sangat :p FYI, Hutan Bandar ni sebenarnya bersambung dengan TMIYC tau, cuma aku tak berapa minat nak ke sana haha sebab jiwa aku lebih kepada seorang naturalist sekarang ni aha! Tapi nanti kalau rajin, aku share okie

Saturday, 20 May 2023

Sesi Kaunseling

Assalamualaikum dan hai semua! I'm so excited for my 2nd post haha this time I want to share my experience participating the counselling with Pusat Kaunseling satu buah universiti ni. Alhamdullilah, sesi kaunseling ni percuma untuk komuniti. Honestly speaking, aku tak expect lebih masa start sesi ni tapi somehow aku rasa excited nak join (yelah, seumur hidup aku, aku tak pernah terfikir, aku perlukan bantuan professional especially counselling sebab aku ingat aku OK je, rupanya hm ada benda yang aku perlu dive in). 

Okay, apa yang membuatkan aku nak join sesi ni huhu mesti la sebab aku ada masalah dan aku sangat miserable dengan masalah tu, apa masalah tu? Masalah kerja yang menganggu kehidupan seharian aku. Sesi pertama tu, aku kena cerita kisah kerja aku dari A sampai Z. Penat ye nak cerita dalam layman language sebenarnya sebab tak semua orang tahu kerja aku. So, aku assumed masa ni kaunselor dah take note la, apa pekerjaan aku, apa masalah sebenar aku. As we proceed to the next session, she keep exploring la the root that cause discomfort in my life. Aku rasa 2nd session ni macam bosan, sebab aku nak solutions secepat mungkin hahaha padahal aku rasa ini la etika kaunseling, mana boleh jump into conclusion, lebih-lebih lagi dia orang asing dalam hidup kau, dia kena tahu head and tail baru la dia boleh bantu kan... tapi punya la tak sabarnya aku waktu tu.

At the same time, aku cakap dekat diri aku, aku kena bertahan dengan sesi kaunseling ni sebab aku dah tekad nak improve diri aku (ceh semangat iler kan?). So, as we narrow down the situation, there are some external factors, yang tak dapat nak ubah, so, we are focusing to improve my personality instead. There are several practical ways (or method) yang kaunselor tu ajar cutomized sesuai dengan keadaan aku. Start dari sesi ketiga ni la, dia jotted down the actions that I can consider to apply in my daily life. Dan dia bagi masa seminggu la lebih kurang, untuk tahu aku ada praktis tak. So, when it comes to thissssss level, kau kena jujur la hahaha, kau buat ke tak. Sebab dia boleh tahu je kita ni menipu ke tak, cuma aku rasa dalam etika kerja dia, dia kena menunjukkan yang dia trust kita, so dia percaya je apa cerita kita. Actually dari sesi pertama lagi, kau dah kena jujur dalam cerita kau, kalau kau rasa kau salah, or that party yang salah. Cerita sejujurnya dari your POV la. Okok, back to early story, so, aku jujur je cakap dalam masa 6 hari tu, aku tak mampu nak buat hari-hari. Dan dalam sesi seterusnya, dia ajar aku improvise methods tu selepas aku discover, apa yang membuatkan aku tak boleh nak buat semua actions tu. 

Kata kaunselor aku, sesi kaunseling ni adalah untuk create awareness dan macam mana kita nak tackle permasalahan kita, selain kita belajar apa emosi dan personaliti diri kita (to be concluded, in my pov, bila kita melalui process self-discovery, and explore the root of problem, kita secara tidak langsung mempelajari siapa diri kita). Alhamdullilah, masa aku serabut dengan masalah kerja, Allah tunjukkan aku jalan... Kaunseling ni tak ada la dapat selesaikan masalah 100%, cumanya aku rasa ter-guided. Sebab bila kau dalam 'kegelapan' kau takkan nampak cahaya, dan biasanya, orang lain yang nampak cahaya-cahaya tu on behalf of diri engkau. Sampai sekarang pun masalah aku tu ada, dan masih tak boleh nak get rid of it, tapi at least aku boleh minimize kan episode mental dan emotional breakdown aku tu, Insha Allah.

Aku berharap, aku akan sentiasa consistent untuk praktis method yang diajar dan mengubahnya mengikut kesesuaian. Dan yang paling penting, aku nak improve kan diri aku dari sudut pandangan aku, yang kebanyakkannya selalu negative. Korang doakan aku ye dan semoga Allah berikan aku kekuatan, amin :)

Pusat Kaunseling

p/s: Terima kasih Cik A, sebab sabar mendengar luahan saya dan berusaha mencari cara yang sesuai untuk tackle masalah saya. Semoga Allah memberi kebaikan kepada Cik A. Terima kasih juga kepada kawan-kawan yang sentiasa ada mendengar luahan aku, masa dan buah fikiran yang korang kongsikan memang tak dapat aku nak balas :')

Friday, 19 May 2023

My (very) first posting

Hai, nama aku Amira! Sebenarnya dah lama aku simpan harapan untuk menulis blog suatu hari nanti haha sebab macam syok je menulis ni. Cuma, aku ni rigid orangnya. Selalu rasa kena ada topic/content, baru nak act on it. Padahal tak semestinya. Aku tak boleh limit-kan diri aku dengan mindset macam ni, sebab sampai bila-bila pun aku tak akan mulakan blog posting pertama aku haha jadinya harini aku decide untuk post je! haha sangat impulsive bukan? well, based on my justification ni satu impulsive act yang positif, so, why not kan huhu

Antara sebab lain ialah recently masa aku berbual dengan Faridah, kitaorang ter-flash back siapa otai-otai influencers zaman aku universiti dulu (haha random giler perbualan kitaorang). Dulu-dulu mana ada term influencers ni haha kita dulu panggil bloggers atau vloggers. Kalau vloggers terkenal tu macam Mat Lutfi, Dena Bahrin ahaha Dena Bahrin ni aku tahu pun sebab video proposal yang viral masa tu. Mat Lutfi pulak banyak la video dia yang lawak-lawak masa tu yang aku boleh relate. Blogger yang paling viral masa tu pulak Dr Fatin Liyana tu. Bual punya bual, Faridah ada cakap pasal Maria Elena. Eh! Ye la, dia pun pernah become a part of zaman remaja aku hahaha cumanya aku tak into Maria Elena sangat masa tu. Kitaorang pun google google blog Maria Elena. OMG! She still blogging and guess what?? Dia la yang inspire aku nak start blog harini! HAHAHA dan blog ni tak semestinya kau nak kena update hari-hari. Bila aku fikir balik, sempit betul pemikiran aku dulu (dan sekarang masih ada huhu). Aku rasa hidup aku bosan so aku tak ada topic nak di-blog-kan DAN AKU BERFIKIRAN KENA BLOG HARI-HARI (padahal tak semestinya hari-hari nak kenal blog dan tak semestinya hidup ni hari-hari bosan kan?!) Korang faham kan maksud aku?? OMG I'm so ashamed with myself kenapa nak fikir macam tu! Sebabkan pemikiran macam ni la, aku tak pernah work on it hahaha

screenshot blog maria elena peliks

So, Maria Elena, thank you for inspiring me in a way to really make my first posting today! http://peliks.blogspot.com/ Dimana orang zaman sekarang mungkin lebih memilih untuk buat video tiktok, youtube or even IG posting, tapi aku personally rasa medium tu tak berapa santai (atau maybe aku pun seorang yang tak berapa santai keke) So, well, I choose to write in blog instead! Huhu

p/s: tak sabar nak draft posting seterusnya! may this can become a medium to help me delivering my thoughts and emotions in positive way.
p p/s: dulu kononnya aku taknak reveal diri sendiri, nak bawak karakter lain, konon ter-inspired dari budak mato la hlovate la sapa lagi?? tapi aku sekarang aku memilih untuk lebih berani menjadi diri sendiri hehe

Butterfly Era

Butterflies crept into her stomach whenever she saw his messages, or in person. That was the time, she's a bit stunned with herself wond...