Saturday, 27 May 2023

Hutan Bandar JB

Hai semua, it's me again, Amira!

Harini, aku nak share satu tempat healing yang aku suka pergi, iaitu Hutan Bandar JB huhu bila aku rasa serabut and need a space to 'breath', Hutan Bandar ni salah satu tempat yang aku akan pergi. Free, selamat jugak untuk jalan sorang-sorang, banyak pokok-pokok, banyak kerusi nak duduk. To be honest aku tak ada complaint banyak sangat la pasal tempat ni kecuali, port-port yang dia nak baik pulih tu, sampai sekarang tak upgrade-upgrade haha, ada kawasan yang tar jalan tu sliding nak masuk tasik dia, pun still no action. Eh! Banyak pulak la complaint haha. Untuk rakyat jelata Johor Bahru, tempat ni memang tak asing bagi kami, lagi-lagi tempat ni betul-betul belakang sekolah SSI dan area parking dia ada tempat makan breakfast yang sedap haha dulu masa sekolah pun, program camping dekat sini je haha

Meh aku share gambar tempat nih!

Ni tasik, banyak iler kura-kura haha, boleh bawak roti yang expired atau makanan ikan jugak, kalau aku ada rezeki jadi parent, aku nak bawak anak-anak aku pergi sini petang-petang ambil angin

Ada jambatan, boleh la berangan-angan sikit bila jalan sini haha tapi jangan jogging dekat atas jambatan ni sebab aku personally rasa lantai jambatan ni macam tak stable sangat huhu takut roboh kang haha

Haa, boleh berkelah jugak dekat sini sebenar, kalau korang berjalan area atas bukit sikit, situ banyak gazebo, dan ada tempat mandi. Selalu nampak parents banyak makanan, mandi-mandi dan berkelah dengan anak-anak (maaf masa ni aku malas nak naik bukit yang sikit tu untuk ambil gambar haha, so korang guna your power of imagination je la ye, 
untuk imagine tempat tu haha)

Haa, dekat sini boleh bagi makan ikan atau kura-kura. Ada masa, korang akan nampak ada orang shoot 
pre-wedding dekat area sini

Aku kadang-kadang baca buku dekat sini juga, seronok ye, sambil hirup udara segar dikelilingi pokok-pokok, 
feeling-feeling nyah (thanks diyana bagi pinjam buku ni)


Daun pokok ni lagi besar dari tapak tangan aku haha

Tenang~~ ribut jiwa, awak buat apa tu encik onyet haha nak kutip buah ke

Cantik kan langit?

Syukur ada tempat rekreasi macam ni dekat JB. Sekurang-kurangnya masyarakat setempat ada tempat untuk ambil angin atau nak beraktiviti. Hidup sekarang ni sangat mencabar, kadang-kadang perlukan lokasi menenangkan macam ni. Nak pergi Jepun ke Korea jauh sangat :p FYI, Hutan Bandar ni sebenarnya bersambung dengan TMIYC tau, cuma aku tak berapa minat nak ke sana haha sebab jiwa aku lebih kepada seorang naturalist sekarang ni aha! Tapi nanti kalau rajin, aku share okie

No comments:

Post a Comment

Butterfly Era

Butterflies crept into her stomach whenever she saw his messages, or in person. That was the time, she's a bit stunned with herself wond...