Hai, nama aku Amira! Sebenarnya dah lama aku simpan harapan untuk menulis blog suatu hari nanti haha sebab macam syok je menulis ni. Cuma, aku ni rigid orangnya. Selalu rasa kena ada topic/content, baru nak act on it. Padahal tak semestinya. Aku tak boleh limit-kan diri aku dengan mindset macam ni, sebab sampai bila-bila pun aku tak akan mulakan blog posting pertama aku haha jadinya harini aku decide untuk post je! haha sangat impulsive bukan? well, based on my justification ni satu impulsive act yang positif, so, why not kan huhu
Antara sebab lain ialah recently masa aku berbual dengan Faridah, kitaorang ter-flash back siapa otai-otai influencers zaman aku universiti dulu (haha random giler perbualan kitaorang). Dulu-dulu mana ada term influencers ni haha kita dulu panggil bloggers atau vloggers. Kalau vloggers terkenal tu macam Mat Lutfi, Dena Bahrin ahaha Dena Bahrin ni aku tahu pun sebab video proposal yang viral masa tu. Mat Lutfi pulak banyak la video dia yang lawak-lawak masa tu yang aku boleh relate. Blogger yang paling viral masa tu pulak Dr Fatin Liyana tu. Bual punya bual, Faridah ada cakap pasal Maria Elena. Eh! Ye la, dia pun pernah become a part of zaman remaja aku hahaha cumanya aku tak into Maria Elena sangat masa tu. Kitaorang pun google google blog Maria Elena. OMG! She still blogging and guess what?? Dia la yang inspire aku nak start blog harini! HAHAHA dan blog ni tak semestinya kau nak kena update hari-hari. Bila aku fikir balik, sempit betul pemikiran aku dulu (dan sekarang masih ada huhu). Aku rasa hidup aku bosan so aku tak ada topic nak di-blog-kan DAN AKU BERFIKIRAN KENA BLOG HARI-HARI (padahal tak semestinya hari-hari nak kenal blog dan tak semestinya hidup ni hari-hari bosan kan?!) Korang faham kan maksud aku?? OMG I'm so ashamed with myself kenapa nak fikir macam tu! Sebabkan pemikiran macam ni la, aku tak pernah work on it hahaha
screenshot blog maria elena peliks
So, Maria Elena, thank you for inspiring me in a way to really make my first posting today! http://peliks.blogspot.com/ Dimana orang zaman sekarang mungkin lebih memilih untuk buat video tiktok, youtube or even IG posting, tapi aku personally rasa medium tu tak berapa santai (atau maybe aku pun seorang yang tak berapa santai keke) So, well, I choose to write in blog instead! Huhu
p/s: tak sabar nak draft posting seterusnya! may this can become a medium to help me delivering my thoughts and emotions in positive way.
p p/s: dulu kononnya aku taknak reveal diri sendiri, nak bawak karakter lain, konon ter-inspired dari budak mato la hlovate la sapa lagi?? tapi aku sekarang aku memilih untuk lebih berani menjadi diri sendiri hehe
ihik! Welcome to the blogging life! Jangan buat blog ni macam benda yang 'kena' buat. Buat sambil2 je, bila ada something yang rasanya berguna for yourself or sesiapa yang baca blog, something yang you could reflect back in the future (seeing your growth is really fun =D ). Blog ni memang la medium utk penulis & pembaca, but ultimately, blogging is for you ok? so no pressure and have fun je! glad i was able to inspire you hehe!
ReplyDeleteOmo Mariaaa! Salam perkenalan Maria :) Thank you sebab datang singgah blog saya hihu Insha Allah blog pun untuk santai-santai sebab rasa writing blog ni macam satu terapi. Kita menulis tapi macam bercakap/membebel haha
Deletehi! i came here after reading your post bawah maria elena's entry sbb ntah, i pulak rasa excited haha! welcome to blogging! i, too still write on my blog even after all these years! keep enjoying writing tau!!!
ReplyDeleteSalam perkenalan! hehe thank you sebab rasa excited sama-sama! Insha Allah will enjoy the process writing blog
DeleteSelamat datang ke dunia blog!
ReplyDeleteThank you awak! Salam perkenalan hehe
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam and Hi! Selamat ber-blogging~ Moga makin banyak idea awak untuk menulis heheh *saya yang selalu berhabuk blog tapi tetap ada huhuh
ReplyDelete