Tuesday, 11 March 2025

Ramadan 2025

Assalamualaikum :)

Rasanya belum terlambat nak mengucapkan marhaban ya ramadan, bulan pengampunan yang mulia. Alhamdullilah 1/3 bulan telah berlalu. Terasa masa berlalu begitu pantas. Tahun ni ramadan terasa begitu hambar, sempit dan kosong atas asbab-asbab tanggungjawab pekerjaan dan tuntutan-tuntutan kehidupan. Tahun ini kesibukan mengalahkan menteri, badan sakit-sakit dan selalu tidak sihat. Kesibukan yang teramat ini turut menganggu kestabilan emosi dan kesukaran yang dilalui ditempat kerja telah menjatuhkan semangat sedikit demi sedikit. Bertambah berat, apabila dapat tahu insan yang kita suka, rupanya hendak berkahwin dengan pilihan hati. Terasa kesakitan dihati yang sukar nak digambarkan. Berminggu melayan kesedihan dengan takdir Tuhan. Namun, dalam diam, saya mendoakan agar beliau sentiasa bahagia disamping isteri tercinta selain dipermudahkan urusan didunia dan akhirat. Beliau pernah berada dalam hati saya dan biarpun ianya sekejap, tapi Tuhan yang hadirkan emosi tersebut atas asbab dan hikmah yang mungkin tak tercapai akal seorang manusia untuk memikirkannya buat masa terdekat.

Perasaan sekarang bercampur baur. Tuntutan pekerjaan yang semakin mencabar, personal life yang tidak kurang haru birunya, bertambah kekecewaan tidak dapat melakukan yang terbaik sepanjang 10 hari ramadan. I'm internally and externally broke. Otak terasa kosong selain urusan terasa begitu sempit. 

Semoga Allah berikan saya cahaya keimanan untuk bangkit melawan kesedihan dan kesempitan dalam hati. Terkenangkan Ramadan 2024 yang begitu indah, penuh dengan "rasa" keimanan, ketenangan dan penuh dengan amal ibadah, saya jadi rindu dengan kematangan dan kekuatan yang Allah anugerahkan kepada saya tahun lalu. Semoga Allah bagi kesempatan dengan adanya saki baki Ramadan. Doakan saya ye pembaca, terima kasih :)


Keadaan meja saya selepas hari terakhir


Antara bahagian yang menambahkan beban pindah office, dimana kami perlu mengasingkan files yang perlu disimpan di external storage dan current bilik file.




Minggu lepas, keaadan saya dan beberapa rakan sekerja bagaikan orang nomad. Pergi ke office baru untuk bertugas, dan ada hari masih di-office lama untuk membuat "spring cleaning", mengerjakan files yang tidak diperlukan namun harus di-screen thru satu-satu. Tangan berhabuk, keadaan rongga hidung yang tidak begitu nyaman akibat habuk-habuk dari files yang berkurun lamanya! Bayangkan files pun ada yang dah mereput :') Namun syukur, urusan hampir selesai walau tidak sepenuhnya. Masih ada lagi cabaran dan halangan.


Ada hari, saya keraskan hati untuk pergi solat terawih walapun tiada semangat dan badan sakit-sakit. Begitu Allah mudahkan urusan ibadah saya tahun lepas tapi tahun ni, terasa begitu berat.

No comments:

Post a Comment

Butterfly Era

Butterflies crept into her stomach whenever she saw his messages, or in person. That was the time, she's a bit stunned with herself wond...